Lebih 14,807 Notis Kesalahan PKM Dikeluarkan Setakat Ogos, Pacu Agenda Malaysia Bersih
4 mins read

Lebih 14,807 Notis Kesalahan PKM Dikeluarkan Setakat Ogos, Pacu Agenda Malaysia Bersih

PETALING JAYA, 18 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus memperhebat usaha membudayakan kebersihan awam menerusi pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM), iaitu pendekatan penguatkuasaan yang menggabungkan elemen pendidikan, pemulihan dan pembentukan disiplin sivik dalam menangani kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata, setakat 17 Ogos 2026, sebanyak 14,807 notis kesalahan telah dikeluarkan dan seramai 548 individu telah dikenakan PKM di negeri-negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].

“Pekerja pembersihan negara perlu diberi pengiktirafan. Sebagai tunggak kebersihan negara, pekerja-pekerja pembersihan perlu diberi penghormatan yg sewajarnya termasuk pendapatan yang munasabah dan bermaruah.

“Selain itu, saya berharap mulai tahun depan, pemenang anugerah pekerja pembersihan negara akan dapat dicalonkan untuk pertimbangan supaya menerima pingat kebaktian yang telah lama dipraktikkan oleh kerajaan Pulau Pinang,” katanya pada Majlis Penghargaan Pekerja Pembersihan Negara, malam ini.

Kredit: Bernama

Tambahnya, daripada jumlah notis kesalahan tersebut, 419 individu telah selesai melaksanakan PKM, manakala 129 individu masih dalam pelaksanaan.

“Dalam tempoh lebih tujuh (7) bulan pelaksanaannya, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan telah menunjukkan perkembangan yang positif,” kata beliau.

Sehingga kini, sebanyak 15 siri PKM telah berjaya dilaksanakan di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 dengan melibatkan keseluruhan 2,279 jam khidmat masyarakat, sejak pelaksanaannya bermula pada 1 Januari 2026.

Menerusi pendekatan ini, individu yang disabitkan kesalahan akan menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat di kawasan awam yang ditetapkan oleh mahkamah, sekali gus memberi pengalaman secara langsung mengenai kepentingan menjaga kebersihan tempat awam.

Selain memberi kesan kepada pesalah, pelaksanaan PKM di kawasan tumpuan awam turut berfungsi sebagai medium pendidikan kepada masyarakat bahawa setiap perbuatan membuang sampah merata-rata mempunyai implikasi undang-undang yang tertentu.

Dalam usaha memperluaskan pelaksanaan PKM ke seluruh negara, KPKT turut memperluas kerjasama strategik dengan kerajaan negeri melalui siri taklimat, sesi libat urus serta perkongsian pengalaman dan kepakaran berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan di bawah Akta 672 dan mekanisme PKM.

Usaha ini turut mendapat sambutan yang positif daripada kerajaan negeri yang melihat PKM sebagai mekanisme penguatkuasaan yang lebih menyeluruh kerana menggabungkan elemen pendidikan, pemulihan, pembentukan budaya dan disiplin sivik.

“Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan pendekatan yang lebih seragam dapat dilaksanakan dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan kebersihan awam di seluruh negara.

“Sehingga kini, KPKT telah mengadakan sesi taklimat dan libat urus bersama kerajaan negeri yang belum menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Sesi bersama Kerajaan Negeri Terengganu pula telah berlangsung pada 3 hingga 4 Ogos 2026,” kata beliau.

Kredit: Bernama

Inisiatif ini akan diteruskan secara berperingkat ke negeri-negeri lain yang tidak menerima pakai Akta 672, termasuk Sabah dan Sarawak bagi menyelaras pelaksanaan PKM melalui pindaan kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Pada tahun depan, tanahair kita akan menyambut Ulangtahun ke-70 Kemerdekaan, sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia tampil ke depan menjaga kebersihan negara untuk memastikan imej negara dijaga, kesejahteraan rakyat dibela.” ulas Kor Ming.

KPKT yakin usaha membudayakan kebersihan awam hanya akan berjaya melalui penguatkuasaan yang berkesan, pendidikan yang berterusan dan kerjasama semua pihak.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch