Kerajaan Tidak Akan Ambil Alih Datasonic Technologies – MKN
3 mins read

Kerajaan Tidak Akan Ambil Alih Datasonic Technologies – MKN

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) — Kerajaan MADANI tidak bercadang mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), syarikat yang menyediakan sistem identiti nasional serta membekalkan dokumen identiti dan dokumen keselamatan, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MKN dalam kenyataan hari ini berkata pendirian itu dibuat susulan laporan media mengenai kemungkinan pengambilalihan syarikat berkenaan.

“Berkaitan laporan media mengenai cadangan pengambilalihan Datasonic Technologies yang menyediakan perkhidmatan identiti rakyat, Kerajaan MADANI berpendirian untuk tidak mengambil alih DTSB,” menurut kenyataan itu.

MKN menegaskan identiti rakyat merupakan antara aset strategik terpenting negara, justeru aspek keselamatan dan kedaulatannya sentiasa diberikan keutamaan tertinggi oleh kerajaan.

Menurut MKN, usaha mengawal selia perkara itu dilaksanakan menerusi rangka kerja yang merangkumi aspek perundangan, kewangan, tadbir urus dan keselamatan.

Pada masa sama, MKN memaklumkan kerajaan akan terus meneroka dan meneliti strategi proaktif serta berkesan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan identiti rakyat sentiasa terpelihara.

“Strategi-strategi tersebut juga mestilah memberi nilai terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan,” menurut kenyataan itu.

MKN berkata kerajaan kekal komited memastikan semua pihak yang terlibat terus menambah baik perkhidmatan kepada rakyat supaya ia selamat dan boleh dipercayai.

Pada 20 Ogos lepas, NexG Bhd dilaporkan menilai anak syarikat milik penuhnya, DTSB, pada kira-kira RM7.5 bilion selepas menerima permintaan kerajaan untuk mengemukakan harga indikatif bagi kemungkinan pengambilalihan syarikat itu.

DTSB merupakan penyedia MyKad dan sejak 2012 menjadi vendor pasport Malaysia yang mematuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

DTSB kini turut memegang mandat bagi MyKad struktur baharu, MyTentera dan MyPOCA dengan komitmen bekalan untuk beberapa tahun.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch